suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bangladesh Musnah Bot Pelarian Rohingya

Laluan air turut menjadi pilihan pelarian etnik Islam Rohingya yang meninggalkan negara asal Myanmar.

SHAH PORIR DWIP: Pihak berkuasa Bangladesh didakwa memusnahkan kira-kira 20 bot yang membawa etnik Islam Rohingya yang dituduh menyeludup dadah ketika penghijrahan beramai-ramai pelarian ke negara itu.

Pelarian turut mendakwa pengawal sempadan memukul dan menahan penumpang selepas mereka tiba di sini, di selatan Bangladesh sebelum bertindak memusnahkan kapal berkenaan.

Komander Pengawal Sempadan Bangladesh (BGB), Leftenan Kolonel Ariful Islam bagaimanapun menafikan dakwaan memukul.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya bertindak tegas  terhadap sebarang kegiatan penyeludupan manusia serta dadah.

Walaupun ada penumpang bot memberitahu mereka tidak melihat sebarang dadah, namun pengawal sempadan menegaskan telah menemui sejumlah besar dadah di dalam air.

"Pengendali bot mungkin membuang dadah tersebut sebelum menurunkan penumpang," menurut Ariful kepada Reuters.

Rohingya, BGB

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain