suria

Wanita Hilang Dompet 30 Tahun Lepas Dicari

Antara yang disimpan di dalam dompet milik seorang wanita yang hilang di sebuah kelab, 30 tahun lalu. Foto Warrington Guardian/SWNS

SEORANG wanita yang kehilangan dompetnya di sebuah kelab lebih 30 tahun lepas kini dicari.

Dompet tersebut ditemui di belakang sebuah radiator di premis berkenaan.

Turut dijumpai adalah kad bank atas nama Elizabeth­ Sarah Dale dan kad pengenalan dengan gambar pasport warna hitam putih.

Selain itu, ia turut mengandungi kad perpustakaan dan muzim, kad persatuan universiti dari 1985/86 dan slip gaji.

Elizabeth dahulunya menetap di Thelwall, Warrington, Cheshire di England.

Pengurus kelab O2 Ritz di Manchester, Chris Mann berkata, pihaknya membuat pembersihan di kelab dan dompet tersebut ditemui di sebalik radiator.

"Dia dulu mungkin berusia 18 atau 19 tahun, jadi sekarang awal 50an," katanya. 

Beliau berharap dapat bertemu dengan pemilik dompet tersebut. - Mirror

Artikel Sebelum

32 Jam Tawan Puncak Rante Mario

Artikel Berikut

Terselamat Kerana Telefon Bimbit

Artikel Lain