suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelancong Iran Diserang Samseng Thailand

PATTAYA: Tanpa diketahui motif sebenar, seorang pelancong Iran diserang kumpulan samseng Thailand pada awal pagi Selasa.

Polis berkata mangsa Ali Khadem, 29, mengalami pendarahan teruk di kepala ketika berlari ke pondok polis di Soi Pataya 13 di Tambon Nongplue wilayah Chon Buri's Bang Lamung pada pukul 5 pagi.

Khadem memberitahu polis menerusi jurubahasa bahawa dia diserang empat atau lima remaja negara itu.

Katanya, salah seorang suspek mengetuk kepala mangsa dengan botol, manakala rakannya menumbuk dan menendangnya.

Pelancong itu dihantar ke Hospital Pattaya untuk mendapat rawatan.

Susulan itu, polis menahan dua suspek, tetapi mereka menafikan melakukan serangan terhadap pelancong terbabit.

Setakat ini, polis sedang memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV).


Iran, Pattaya

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

'Budak Wisel'?

Artikel Lain