suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sekolah Memandu Pertama Wanita Saudi

RIYADH: Susulan wanita Arab Saudi dibenarkan memandu, sebuah universiti di sini berhasrat menubuhkan sekolah memandu untuk golongan itu.

Ia adalah sekolah memandu pertama seumpamanya selepas larangan memandu terhadap wanita ditarik balik.

“Universiti Puteri Nourah sedang melakukan persediaan untuk membuka sebuah sekolah memandu dengan kerjasama pihak berkuasa berkaitan,” kata universiti wanita itu pada Sabtu.

Universiti Puteri Nourah mempunyai lebih 60,000 pelajar perempuan di Riyadh dan bandar lain di seluruh Arab Saudi.

Arab Saudi mengumumkan pada Selasa lalu bahawa ia akan membenarkan wanita memandu di bawah perintah diraja bermula Jun 2018, sekali gus mencetuskan kegembiraan aktivis yang lama berkempen menentang larangan tersebut.

Negara Teluk itu adalah yang terakhir di dunia melarang wanita memandu.

Keputusan bersejarah itu dijangka mendorong ramai wanita Arab Saudi memasuki dunia pekerjaan dan menggalakkan pasaran kereta. – AFP


 
Saudi, Puteri Nouran

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain