suria

Perdana Menteri Jepun Bubar Parlimen

Abe membubar parlimen pada Khamis.

TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe membubarkan parlimen pada Khamis bagi membolehkan pilihan raya diadakan, lapor agensi berita China Xinhua.

Pilihan raya dijadual diadakan pada 22 Oktober dan kempen bermula pada 10 Oktober.

Pembubaran dibuat sejurus selepas satu sidang luar biasa diadakan di Dewan Rakyat, Abe tidak membuat ucapan dasar, perbahasan mahupun sidang akhbar.

Menurut pemerhati, tindakan itu dilihat untuk menghalang pihak pembangkang mempunyai masa membuat persediaan menghadapi pilihan raya.

Abe pada Isnin dilaporkan berkata, pembubaran parlimen dan mengadakan pilihan raya penting untuk mendapatkan mandat dalam usaha beliau menangani masalah negara seperti penuaan, penurunan kadar kelahiran dan isu Semenanjung Korea.

Secara teorinya pemimpin Jepun itu berpeluang berkhidmat sehingga 2021 jika beliau berjaya dipilih semula sebagai pemimpin parti tahun depan, sekaligus menjadikan beliau perdana menteri paling lama berkhidmat dalam sejarah Jepun.

Namun, tinjauan mendapati majoriti pengundi menentang rancangan Abe.- Bernama

Perdana Menteri Jepun

Artikel Sebelum

Pixie Si Rambut Lebat

Artikel Berikut

Yingluck Berada Di Dubai

Artikel Lain