suria

Prayuth Janji Dedah Dimana Yingluck

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha mengakui tahu di mana Yingluck Shinawatra berada dan akan mendedahkannya selepas mahkamah membuat keputusan kes melibatkan bekas pemimpin itu.

Mahkamah dijadual membacakan keputusan perbicaraan terhadap Yingluck pada hari ini dengan bekas pemimpin itu berdepan hukuman penjara 10 tahun.

Yingluck yang juga bekas perdana menteri melarikan diri pada 25 Ogos lalu, beberapa jam sebelum Mahkamah Agung membacakan keputusan kes tuduhan salahguna kuasa dan cuai yang dihadapinya.

“Saya tahu tetapi saya tidak boleh mendedahkannya lagi.

“Saya akan beritahu di mana dia berada selepas 27 September (hari ini). Saya ada perisik,” kata Prayuth kepada wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet semalam.

Prayuth adalah ketua tentera yang menumbangkan kerajaan Yingluck pada rampasan kuasa pada Mei 2014.

Menurutnya, Yingluck tidak memohon perlindungan suaka politik di luar negara.

Yingluck dipercayai melarikan diri ke Dubai di mana abangnya yang juga bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra berada.

Sementara itu, peguam Yingluck. Sommai Koosap berkata, beliau tidak mendapat sebarang berita daripada anak guamnya.

"Kami telah lakukan yang terbaik dengan mengikut undang-undang dan hari ini terpulang kepada mahkamah untuk membuat keputusan," katanya.- Reuters




Prayuth, Yingluck

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pyongyang Siap Siaga

Artikel Lain