suria

Harry-Meghan Bukan Rahsia Lagi

SAMBIL berpegangan tangan, Putera Harry dan teman wanitanya, Meghan Markle berjalan beriringan untuk menghadiri majlis rasmi melibatkan veteran tentera.

Penampilan pertama pasangan diraja Britain dan pelakon  itu pada Kejohanan Invictus di Toronto, Kanada telah mendapat perhatian ramai.

Kedua-duanya yang berpakaian santai kelihatan begitu mesra dan bersahaja ketika menyaksikan perlawanan tenis berkerusi roda.

Pasangan itu berada di tepi gelanggang selama kira-kira 30 minit sebelum keduanya beredar kerana Putera Harry mempunyai temujanji dengan BBC.

Setakat ini Istana Kensington masih tidak memberi sebarang kenyataan berkaitan pasangan ini.

Sumber diraja berkata, kehadiran pasangan itu dilihat sebagai sesuatu yang menceriakan suasana terutama dengan kehadiran Meghan yang bersahaja dan menyenangkan itu.

Penampilan ini juga bagaikan mengesahkan spekulasi bahawa perhubungan mereka menuju ke fasa seterusnya di mana pengumuman berkaitan pertunangan mereka bakal dibuat dalam masa terdekat.

Pelakon siri drama perundangan, Suits itu dijangka menghadiri beberapa acara lagi di kampung halamannya, Toronto.

Putera Harry, Meghan Markle

Artikel Sebelum

Lelaki Ular Maut Akibat Sesak Nafas

Artikel Berikut

Artikel Lain