suria

Lelaki Ular Maut Akibat Sesak Nafas

DAN Brandon dikenali ramai kerana selain kedua ibu bapanya, beberapa haiwan eksotik termasuk ular juga tinggal bersamanya di Hampshire, selatan London.

Bagaimanapun, baru-baru ini lelaki berusia 31 tahun itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumah berkenaan.

Penggemar ular itu dipercayai maut akibat dijerut ular sawa kesayangannya yang ditemui masih berada di sisinya.

Hasil bedah siasat mendapati, kematian Brandon adalah disebabkan sesak nafas.

Bagaimanapun, siasatan masih diteruskan bagi mengesahkan Brandon dibunuh haiwan peliharaannya.

Inkues berhubung misteri kematiannya akan diteruskan pada perbincaraan yang ditetapkan pada 22 November ini.

Sumber memberitahu The Sun, hasil laporan toksikologi diperlukan sebelum memutuskan punca kematian Brandon.

Dan Brandon

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Harry-Meghan Bukan Rahsia Lagi

Artikel Lain