suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Juruterbang Maut Ketika Aksi Pertunjukan Udara

SEORANG juruterbang jet pejuang maut selepas pesawat kendaliannya terhempas ke dalam laut semasa pertunjukan udara di Itali.

Rakaman insiden berkenaan yang dimuat naik ke internet menunjukkan pesawat Tentera Udara Itali Force F-2000A Typhoon menjunam terus ke dalam laut.

Insiden itu berlaku pada Ahad berhampiran bandar pinggir laut Terracina, kira-kira 30 batu dari selatan Rom.

Jet bernilai £110 juta (RM623.732 juta) itu dilaporkan kehilangan kuasa sewaktu melakukan pertunjukan udara.

Menurut beberapa media Itali dan Maltese, juruterbang, Kapten Gabriele Orlandi dikatakan maut dalam nahas itu.

Juruterbang berusia 36 tahun itu gagal untuk mengeluarkan dirinya dari pesawat.

Sementara itu, Tentera Udara Itali telah mengarahkan siasatan dilakukan berhubung insiden.

Menurut laporan media Itali, Rai News, isteri dan ibu bapa juruterbang yang berada di pertunjukan berkenaan turut menyaksikan nahas berlaku. - Mirror

Artikel Sebelum

Pembunuhan Wartawan Di India

Artikel Berikut

Ini Betul- Betul Makan Angin Ni!

Artikel Lain