Amaran Letusan Gunung Berapi Agung Dikeluarkan - Dunia | mStar

Amaran Letusan Gunung Berapi Agung Dikeluarkan

Amaran gunung berapi di Gunung Agung dua kali dalam tempoh kurang seminggu. Foto Moksim Saleh

BALI: Pihak berkuasa Indonesia menaikkan tahap amaran gunung berapi di Gunung Agung di Bali buat kali kedua dalam tempoh kurang seminggu.

Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan menaikkan amaran gunung berapi dari normal kepada berjaga-jaga pada Khamis lalu, dan menaikkan lagi ke tahap berikutnya - bersiap siaga pada Isnin malam.

Ia turut menggandakan saiz zon bagi lingkungan tidak berada di sekitar gunung berapi sambil menggesa penduduk kampung dan pengunjung berada 6 kilometer (km) jauh dari kawah tersebut, dan sehingga 7.5 km ke arah utara, tenggara dan selatan-barat daya.

Penduduk berhampiran diberitahu supaya bersedia untuk pemindahan sekiranya tahap amaran dinaikkan lagi, lapor penyiar Australia, ABC News.

Sementara itu, agensi berita Antara melaporkan bahawa Agensi Pengurusan Bencana Wilayah Bali dan pihak berkuasa Karangasem diberitahu untuk mewujudkan pelan kontigensi untuk senario buruk kemungkinan berlaku akibat letusan gunung berapi.

Aktiviti gegaran gunung berapi di Gunung Agung, yang merupakan gunung tertinggi di Bali, meningkat awal bulan ini.

Mengikut rekod, Gunung Agung meletus pada 1908, 1823, 1843 dan 1963. 

Letusan kali terakhir pada Mac 1963 mengorbankan kira-kira 1,100 nyawa dan mengakibatkan awam hitam tebal setinggi 10 km. - The Straits Times/Asia News Network


Gunung Agung

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ala Siannya Dia...

Artikel Berkaitan

Menanti Agung Meletus

Lebih Artikel

Isteri Adun Panti meninggal dunia