suria

Wanita Berwajah Merah Jambu

Wajah merah jambu Leah. Foto Twitter LeleTill

SEORANG wanita membuat keputusan mengejutkan untuk mewarnakan wajahnya menggunakan cat poster warna merah jambu.

Semuanya gara-gara pengguna Twitter ini dengan nama @LeleTill mahu membuat demonstrasi bahawa cat yang digunakannya itu boleh ditanggalkan pada kulit dengan hanya membasuhnya menggunakan air.

Bagaimanapun, gambar selepas wajahnya dicuci jelas menunjukkan bahawa sesiapa pun jangan mempercayai bulat-bulat produk yang digunakan.

Ini lebih-lebih lagi sekiranya ada tidak mempunyai perancangan untuk menggunakan produk berkenaan.

Ternyata produk tersebut hanya digunakan untuk mengecat poster dan bukan pada wajah.

Wajah Leah masih berwarna merah jambu selepas dicuci.

Wajah wanita tersebut atau nama sebenarnya Leah masih kekal berwarna merah jambu, tetapi dengan tona lebih cerah berbanding selepas dibasuh.

Malah dia membuat keterangan gambar untuk membawa pengeluar produk itu ke mahkamah.

Walaupun eksperimen Leah tidak menjadi sehingga mengakibatkan wajahnya berwarna merah jambu, tetapi dengan sekelip mata dia menjadi popular di Internet. - odditycentral


Artikel Sebelum

Ala Siannya Dia...

Artikel Berikut

Artikel Lain