suria

Kate Middleton Tampil Selepas Umum Hamil

ISTERI kepada pewaris takhta diraja Britain, Kate Middleton membuat kemunculan pertama selepas mengumumkan bakal menimang cahaya mata ketiga, baru-baru ini.

Duchess of Cambridge itu tampil dalam satu video kebajikan mengenai kesihatan mental kanak-kanak.

Kate yang diminta untuk berehat daripada tugas awamnya kerana alahan kehamilan atau 'morning sickness' pada Isnin melancarkan kempen 'Anda tidak terlalu muda untuk bercakap tentang kesihatan mental' oleh Pusat Kebangsaan Anna Freud untuk Keluarga dan Kanak-Kanak.

Video tersebut dirakamkan pada Januari lalu, beberapa bulan sebelum beliau dipercayai kembali hamil.

Menerusi video tersebut, Kate menggesa ibu bapa untuk memupuk semangat kepada anak-anak mereka untuk bersikap lebih terbuka dalam berkongsi perasaan.

Pada awal bulan ini, Putera William dan Kate Middleton diumumkan bakal menimang cahaya mata ketiga.

Pasangan diraja itu kini mempunyai dua anak, masing-masing Putera George Alexander Louis, 4, dan Puteri Charlotte Elizabeth Diana, 2. - Mail Online

Kate Middleton

Artikel Sebelum

Wanita Berwajah Merah Jambu

Artikel Berikut

Artikel Lain