suria

Disiasat 'Potong' Peti Suara Anjing

BEIJING: Seorang lelaki warga China disiasat kerana menjalankan operasi jalanan bagi memotong peti suara anjing yang 'bising' menyalak, kata pihak berkuasa tempatan pada Isnin.

Media tempatan di Chengdu di wilayah Sichuan mendedahkan rakaman pada Ahad mengenai dakwaan gunting digunakan untuk memotong peti suara anjing dengan keadaan rahang haiwan itu terbuka.

Laporan Chengdu Business Report mengatakan individu yang mendakwa dirinya sebagai doktor haiwan menjalankan pembedahan selama lima minit di atas meja di tepi jalan.

Ia merupakan prosedur pembedahan untuk mengurangkan tisu pada peti suara anjing dan melembutkan bunyi salakan haiwan itu.

Biro perhutanan memberitahu bahawa lelaki itu dengan nama Zeng tidak mempunyai lesen untuk membedah haiwan.

Perniagaannya yang diarahkan tutup kini dalam siasatan

Para pelanggan yang ditemuramah Chengdu Business Report menjelaskan bahawa anjing-anjing mereka sangat bising sehingga mendapat aduan dalam kalangan jiran.

Zeng mengenakan caj AS$8 dan AS$12 (RM33.50 dan RM50.25) bergantung kepada size anjing. - AFP

Artikel Sebelum

Rumah Dilelong £1

Artikel Berikut

Artikel Lain