Wanita Tembak Gelandangan Minta Alih Kereta - Dunia | mStar

Wanita Tembak Gelandangan Minta Alih Kereta

-foto MNPD

SEORANG wanita didakwa menembak seorang gelandangan yang meminta supaya dia mengalihkan kereta Porsche yang dinaikinya.

Katie Layne Quackenbush, 26, sedang duduk di dalam kereta Porschenya pada pukul 3 pagi 26 Ogos lalu apabila dia ternampak Gerald Melton, 54, di Nashville.

Melton, yang tiada tempat tinggal, mendakwa dia sedang 'cuba tidur di kaki lima' di kawasan berhampiran dan berasa terganggu dengan asap ekzos dan muzik kuat dari kereta Porsche tersebut, menurut laporan polis.

Menurut polis, berlaku pertelingkahan apabila Melton meminta Quackenbush mengalihkan keretanya.

Melton kemudian dikatakan berjalan kembali menuju ke tempat tidurnya.

Tetapi Quackenbush bertindak keluar dari keretanya sambil membawa sepucuk pistol dan mengekorinya sebelum melepaskan dua tembakan yang mencederakan bahagian perut Melton.

Melton mengalami kecederaan kritikal dan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt, di mana dia masih belum dibenarkan pulang.

Walau bagaimanapun, bapa Quackenbush, Jesse, mendakwa Melton telah menyerang Katie dan rakan-rakannya yang hanya lepak-lepak di dalam Porsche tanpa melakukan apa-apa kesalahan.

Menurut bapanya, Melton mengancam untuk membunuh anak perempuannya tanpa sebab dan membuat kenyataan seksis.

Dia berkata: "Dia tidak cuba membunuh lelaki ini. Dia tidak berniat membunuhnya."

Dia menambah Quackenbush mempunyai 'seorang saksi di tempat duduk depan'.

Wanita berusia 26 tahun itu, yang merupakan ibu tunggal dan mempunyai seorang anak lelaki berusia lima tahun, ditangkap pada malam Isnin.

Dia pernah ditangkap pada tahun 2013 atas tuduhan serangan di Amarillo. -metroUK

gelandangan

Artikel Sebelum

Sebab Ubat Gigi, Wanita Ditahan Ancam Suami

Artikel Berikut

Dakwah Melalui Smule

Artikel Lain