suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sebab Ubat Gigi, Wanita Ditahan Ancam Suami

Pertengkaran antara majikan dan pembantu rumah disebabkan ubat gigi. Foto SHIN MIN DAILY NEWS

SINGAPURA: Seorang wanita berusia 41 tahun ditahan pada Isnin lalu kerana mengancam suaminya menggunakan gunting, selepas satu pertengkaran disebabkan ubat gigi.

Polis memberitahu The Straits Times bahawa mereka telah dimaklumkan mengenai jenayah ancaman di sebuat unit di Blok 447, Hougang Avenue 10 pada pukul 8.53 pagi.

Menurut laporan Shin Min Daily News, wanita itu dikenal pasti sebagai Yu Hong Hong, seorang warga Cina yang baru-baru ini diberikan kewarganegaraan Singapura.

The Straits Times difahamkan pertengkaran berlaku apabila pembantu pasangan itu yang merupakan warga Myanmar meminta kebenaran suami Hong Hong sekiranya dia boleh menggunakan ubat gigi mereka.

Suaminya memberi kebenaran bagaimana Hong Hong tidak gembira dengan keputusan itu, sebelum didakwa memarahi dan menampar pembantu rumahnya.

Hong Hong kemudian mendekati suaminya sambil memegang gunting dan mengancamnya.

Suaminya bagaimanapun menolaknya. Hong Hong kemudian menghubungi polis, tetapi ditahan kerana melakukan jenayah ancaman.

Menurut Shin Min, wanita itu dibebaskan dengan ikat jamin.

Siasatan berhubung insiden sedang berjalan. - The Straits Times/Asia News Network

Artikel Sebelum

Gempa Bumi Gegar Tokyo

Artikel Berikut

Artikel Lain