suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lapan Maut Kejadian Tembakan Di Texas

Gambar: Fox 7 Austin

HOUSTON: Lapan orang termasuk suspek terbunuh dalam kejadian tembakan di sebuah rumah di utara Texas pada Ahad, lapor agensi berita China Xinhua memetik sumber media tempatan.

Menurut televisyen tempatan KHOU TV, polis Plano, sebuah bandar kira-kira 410 kilometer di utara Houston, Texas menembak mati seorang suspek sebaik tiba di lokasi kejadian.

Jabatan Polis Plana sedang menjalankan siasatan kes terbabit dan mendakwa belum mengetahui punca insiden itu berlaku dan bagaimana orang yang berada di dalam rumah tersebut mengenali antara satu sama lain.

Menurut laporan Fox 7, seorang polis telah menembak mati suspek kes tersebut.

Bagaimanapun, ia masih belum dipastikan sama ada suspek berkenaan termasuk antara lapan yang terbunuh.

Houston, Texas

Artikel Sebelum

Sempoi Habis Cikgu Ni!

Artikel Berikut

Artikel Lain