suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Maut Silinder Gas Meletup

Gambar hiasan.

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh manakala lebih 12 lagi cedera dalam satu kejadian letupan silinder di Uttar Pradesh, utara India pada Jumaat.

Perkara itu disahkan seorang pegawai kanan polis, lapor agensi berita China Xinhua.

"Kejadian berlaku apabila silinder gas di sebuah rumah di Insaan Nagar, bandar Aligarh meletup pagi ini," kata pegawai berkenaan.

Dua mangsa maut di tempat kejadian sementara mangsa cedera dihantar ke hospital berdekatan dengan enam daripadanya dilaporkan kritikal, katanya.

Hasil siasatan awal mendapati kejadian itu tiada kaitan dengan perbuatan khianat.

"Ia kelihatan seperti kemalangan namun siasatan terpeinci akan dilakukan bagi kenal pasti punca sebenar," tambah pegawai polis berkenaan. - BERNAMA

letupan, silinder gas

Artikel Sebelum

Memang Takkan Bosan!

Artikel Berikut

Keprihatinan Keluarga 'Erdogan'

Artikel Lain