suria

Si Buta Kuasai Ombak Besar

Derek Rabelo dilahirkan buta sejak lahir tetapi bukan penghalangnya untuk mengejar impiannya menjadi seorang peluncur. Foto Not by Sight/Facebook

DEREK Rabelo bukanlah satu-satunya peluncur yang menguasai ombak besar Pipeline yang terkenal di Hawaii, tetapi dia berbeza dengan peluncur profesional lain.

Derek dilahirkan buta sejak dilahirkan.

Nama Derek diberikan bapanya, Ernesto sempena nama Derek Ho, yang merupakan anak kelahiran Haiwaii pertama memenangi kejuaraan luncur dunia.

Ernesto yang turut meminati sukan luncur mengimpikan anaknya satu hari nanti akan menceburi sukan itu dan mengikut jejak langkah bapa saudaranya, yang juga seorang peluncur profesional.

Kekurangan Derek tidak mematahkan semangat keluarganya untuk percaya bahawa dia boleh melakukan apa sahaja yang dia mahu, termasuk menjadi seorang peluncur.

Pada usia dua tahun, Derek menerima 'bodyboard' dan menjadikan pantai Guarapari, Brazil sebagai tempat permainannya.

Bagaimanapun, dia tidak membuat cubaan untuk melawan ombak sehingga umurnya 17 tahun selepas bapanya membelikan papan luncur.

Dia diajar mengenai perkara asas dan bapanya menggalakkannya untuk terus berlatih sehingga berjaya berdiri sendiri di atas papan luncur.

Derek turut dihantar ke sekolah luncur Praia do Morror untuk menjadi seorang peluncur profesional.

Aksi Derek meluncur seperti peluncur profesional. Foto Facebook Not By Sight

Berdiri di atas papan luncur dan menangani ombak kecil merupakan satu cabaran buat Derek.

Namun cabaran lebih besar apabila kemahuannya untuk menguasai ombak besar Pipeline yang begitu terkenal dalam kalangan peluncur profesional.

Ramai yang menyifatkan tindakannya itu berbahaya, tetapi dia merasakan mampu melakukannya.

Apa yang mengejutkan adalah dia berjaya melakukannya dengan mendapat inspirasi daripada legenda peluncur profesional seperti Kelly Slater dan Mick Fanning.

Menyentuh ombak membantu Derek merasai dinamik gelombak laut.

Mendengar bunyi deras ombak juga membolehkan dia membuat jangkaan untuk meluncur.

"Saya mendengar lautan dan dapat merasakan kehadirannya," kata Derek.

"Setiap ombak mempunyai bunyi bising yang berbeza. Jadi, saya boleh menentukan bahagian ombak yang mana untuk saya meluncur.

"Anda perlu percaya pada diri anda sendiri untuk memenuhi impian anda. Saya percaya setiap daripada kita mempunya deria yang kuat, di atas kurniaan Tuhan. Gunakanlah dengan sebaik-baiknya," tambah Derek. - odditycentral

Artikel Sebelum

Lebih Enam Jam Terperangkap

Artikel Berikut

Artikel Lain