suria

Kim Jong Un Jadi Karya Tatu Rambut

MIMPI bukan sekadar mainan tidur, kadangkala ia membawa maksud atau petanda kepada seseorang.

Mimpi pelik yang dialami oleh tukang rambut Serbia mendatangkan ilham kepadanya untuk berkarya.

Mario Hvala dari Novi Sad di Utara Serbia bermimpi pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dan kakitangannya datang melawat tukang gunting itu di ruang tamu rumahnya.

"Selepas saya terjaga, saya ambil keputusan untuk lakukan tatu rambut ini," katanya kepada Storyful.

"Tak sangka ia menjadi begitu menakjubkan," tambah lelaki itu.

Masa yang diambil untuk menyiapkan tatu rambut itu adalah selama lima jam dan bukan itu sahaja, Hvala turut memainkan muzik Korea Utara sepanjang proses tersebut.

Artikel Sebelum

Masuk ICU Lepas Minum Air Omum

Artikel Berikut

Artikel Lain