suria

Saman Sebab Patung Annabelle

Patung seram Annabelle dirakamkan dalam sebuah kereta api di Taiwan. Foto Facebook.

TAIPEI: Sebuah syarikat kereta api di Taiwan membuat aduan kepada Warner Bros berhubung kemunculan patung dari filem seram, Annabelle di dalam kereta apinya, lapor BBC pada minggu lalu.

Patung tersebut terkenal dari filem seram Annabelle: Creation, yang ditayangkan di pawagam pada awal Ogos lalu, sebuah prekuel kepada filem Annabell pada 2014.

Lapor media, kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Taiwan itu mengadu kepada syarikat hiburan itu selepas melihat beberapa gambar patung tersebut muncul di dalam kereta apinya, dipaparkan pada halaman Facebook Warner Bros.

Jurucakap HSR, Chung Jui-fang berkata, patung itu telah melanggar peraturannya.

Sesiapa yang mahu mengambil video atau gambar di dalam kereta api HSR untuk tujuan komersial perlu mendapatkan kebenaran syarikat tersebut.

Bagaimanapun, Warne Bros telah memadamkan gambar tersebut, dan memberi penjelasan bahawa mereka memperolehnya daripada pihak ketiga.

Media tempatan melaporkan pihak perundangan syarikat itu turut sedang menangani isu berkenaan.

Menurut BBC, pelbagai reaksi netizen berhubung isu tersebut dengan menyokong tindakan HSR terhadap Warner Bros, manakla yang lain mengatakan ia sekadar patung dan syarikat itu tidak seharusnya melatah.

Bulan lalu, operator MRT dan LRT di Malaysia menerusi RapidKL menggunakan patung tersebut untuk sebuah kempen dan bertujuan untuk memberi nasihat kepada pengguna supaya menjaga tingkah laku semasa di stesen dan di dalam tren. – The Straits Times/Asia News Network

Annabelle

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kereta Api Terbang?

Artikel Lain