suria

Trump Bantu Mangsa Harvey

WASHINGTON: Taufan Harvey yang membadai beberapa lokasi di sekitar Amerika Syarikat (AS) mendorong Presiden AS, Donald Trump untuk menyumbang sebanyak AS$1 juta (RM4.27 juta).

Sumbangan kepada tabung bantuan khusus untuk warga Texas dan Louisiana yang terjejas itu diumumkan Rumah Putih.

"Presiden berjanji untuk menyerahkan wang sebanyak AS$1 juta iaitu sumbangan peribadinya untuk membantu penduduk di Texas dan Louisiana," kata jurucakap Rumah Putih, Sarah Sanders kepada wartawan.

Bagaimanapun, Rumah Putih tidak mendedahkan sama ada sumbangan itu akan disalurkan oleh Trump sendiri atau menerusi yayasan miliknya.

Ketika kempen pilihan raya presiden pada 2016, Trump dikritik hebat kerana sering mengumumkan akan membuat sumbangan amal, tetapi akhirnya tiada bantuan disalurkan seperti yang didakwa.

Menurut Sanders, Trump sudah meminta Rumah Putih mengemukakan cadangan mengenai cara untuk membelanjakan sumbangan terbabit.

Pada masa sama, Sanders memaklumkan Trump bakal mengunjungi Houston dan Lake Charles, Louisiana, esok.

Trump, Harvey

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain