suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Richard Anderson Meninggal Dunia

WASHINGTON: Pelakon Richard Anderson, yang sinonim dengan siri The Six Million Dollar Man and The Bionic Woman disahkan meninggal dunia pada usia 91 tahun.

Jurucakap keluarganya, Jonathan Taylor berkata, pemegang watak bos dalam siri popular itu meninggal dunia di kediamannya di Beverly Hills, California di sisi keluarganya.

Anderson yang berketinggian 190 sentimeter sering tampil dengan watak ahli politik, pegawai kerajaan dan anggota polis, selain sebagai penjenayah dan koboi.

Mendiang turut tampil sebagai pelakon undangan dalam siri The Big Valley, Ironside, Murder She Wrote dan Dynasty. - AFP


Richard Anderson

Artikel Sebelum

Selfie Dengan Lembu Lepas Solat

Artikel Berikut

Artikel Lain