suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Siapa Gadis Ini Di Instagram?

Foto Instagram @LilMiquela

MIQUELA Sousa sentiasa beraksi di laman sosial sebagaimana yang dilakukan individu berpengaruh di Instagram.

Gadis ini memuat naik banyak gambar swafoto, menghadiri parti dan majlis di bandarnya, mempromosikan baju-baju pereka fesyen dan mencetuskan ilusi gaya hidup yang sempurna.

Bagaimanapun hanya satu perkara yang membuatkan dirinya istimewa adalah dia bukanlah manusia yang sebenar, tetapi merupakan model yang direka secara berkomputer bagi menampakkannya realistik.

Menerusi nama @LilMiquela, akaun Instagramnya diwujudkan pada tahun lalu dan dia telah pun mempunyai lebih 250,000 pengikut.

Antara gambar Miquela yang dimuat naik di laman sosial. 

Kumpulan penyokongnya dipanggil 'Miquelites' yang menyukai dan berkongsi setiap gambar yang dimuat naik, selain memuji kecantikan, kepakaran mekap dan gayanya.

Miquela sentiasa mengemaskini laman sosialnya dengan bahan baharu dan berhubung dengan pengikutnya di ruangan komen, termasuk mengucapkan terima kasih atas pujian dan sokongan mereka.

Miquela melakukan apa saja sebagaimana bintang media sosial, cuma perbezaannya adalah dia bukanlah manusia sebenar. - odditycentral

Artikel Sebelum

Jemaah Haji Wukuf Di Arafah

Artikel Berikut

Motosikal Jadi Alat Muzik

Artikel Lain