suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Militan Serang Bank Menjelang Aidiladha

KABUL: Selepas serangan di pasar beberapa hari lalu, kini penyerang nekad telah bertindak meletupkan bom di hadapan sebuah bank di sini.

Kejadian yang mengejutkan ramai itu telah mengakibaktkan sekurang-kurangnya lima terbunuh.

Jurucakap polis, Basir Mujahid berkata, serangan dilancarkan ketika ramai anggota pasukan keselamatan ke bank untuk mengambil gaji.

"Cawangan Bank Kabul mungkin sasaran utama serangan tersebut dan ia berlaku tidak jauh dari Kedutaan Amerika Syarikat (AS). Sembilan orang turut cedera dalam serangan itu," katanya.

Sementara itu, jurucakap kumpulan militan Taliban, Zabihullah Mujahid mengaku bertanggungjawab terhadap serangan berkenaan dan mengakui pihaknya menyasarkan bank terutamanya pada hujung bulan atau menjelang perayaan.

Umat Islam bakal menyambut Aidiladha Jumaat ini.

Menurut perangkaan terkini Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), 209 orang awam terbunuh manakala 777 yang lain cedera dalam serangan di ibu negara.

Bank Kabul, Basir Mujahid

Artikel Lain