suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Korea Utara Lancar Peluru Berpandu Ke Arah Jepun

TOKYO: Korea Utara membedil peluru berpandu balistik melepasi Jepun dan jatuh ke dalam Lautan Pasifik di pesisir Hokkaido, awal pagi Selasa, kata tentera Korea Selatan dan Jepun.

Peluru berpandu itu yang dikenali sebagai Hwasong-12 dilepaskan selepas tentera Amerika Syarikat dan Korea Selatan mengadakan latihan ketenteraan tahunan di Semenanjung Korea.

Awal bulan ini, Korea Utara mengancam untuk melancarkan peluru berpandu ke laut berhampiran wilayah AS di Guam selepas Presidennya, Donald Trump memberi amaran kepada Pyongyang bahawa mereka akan berdepan api kemarahan jika terus mengancam negara itu.

Korea Utara melancarkan puluhan peluru balistik di bawah kepimpinan Kim Jong-un dan terbaharu pada Sabtu tetapi bedilan ke Jepun jarang berlaku.

"Tindakan melulu Korea Utara adalah ancaman tidak pernah berlaku sebelum ini, serius dan mengugat negara kita," kata Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe.

Abe berkata Jepun sedang mengadakan pertemuan tergempar dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk memperkukuhkan tindakan terhadap Pyongyang.

Katanya, ujian peluru berpandu itu merupakan satu pelanggaran yang jelas terhadap resolusi PBB dan kerajaan membantah tindakan tersebut.

Tindakan itu turut dikritik Korea Selatan.

peluru berpandu, Korea Utara

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain