suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Maut, Dua Kritikal Akibat Ubat Kutu

JAKARTA: Gara-gara menggunakan racun serangga untuk menghapuskan kutu di kepala, dua beradik maut manakala seorang lagi serta ibu mereka dilaporkan kritikal akibat keracunan, dalam kejadian di Jawa Tengah, Ahad.

Media dalam talian tempatan melaporkan dalam kejadian di Desa Kiringan, Boyolali itu,  dua kanak-kanak perempuan Qaulan Shakila, 9 dan Khamila, 4, meninggal dunia di hospital ketika menerima rawatan, manakala kakak mereka Klarissa, 12 serta si ibu, Akhir Rutiyani, 35, dilaporkan dalam keadaan kritikal di Hospital Pandan Arang, Boyolali.

Empat beranak itu  dikejarkan ke hospital oleh seorang anggota keluarga mereka selepas melihat mereka pening dan muntah-muntah setelah Akhir Rutiyani menggosok “ubat kutu” di kepala tiga anaknya dan kepalanya sendiri.

Ketua Siasatan Jenayah Polis Residen Boyolali, Miftakul Huda dipetik berkata berdasarkan maklumat, Akhir Rutiyani dikatakan menerima "ubat kutu" itu daripada jirannya pada siang hari kejadian sebelum menggunakannya pada sebelah malam.

Siasatan polis mendapati “ubat kutu” berkenaan merupakan racun serangga jenis diazinon yang diisi di dalam botol pewarna pakaian, katanya.-- Bernama 

Desa Kiringan, ubat kutu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain