suria

Seni Hidup Model Bogel

DAEGU: Seluruh tubuh beberapa model wanita berubah menjadi canvas yang menampilkan pelbagai ilustrasi menarik sempena festival di Seoul minggu ini.

Hanya memakai seluar dalam, manakala puting buah dada ditampal pita pelekat, wanita terpilih ini mendapat perhatian pengunjung dan penggiat seni sepanjang Festival Lukisan Badan Antarbangsa Daegu 2017.

Pelukis terkemuka dunia turut mengambil bahagian dengan menjadikan model wanita ini sebagai subjek utama yang beraksi di pentas sambil memakai kasut tumit tinggi dan pelbagai hiasan di kepala yang unik dan esotik.

Berbekalkan semburan cat dan berus, pelukis yang menyertai acara itu begitu teliti menghiasi tubuh peserta Amerika Syarikat, Neome Mullenberg.

"Kali pertama saya terlibat dalam acara begitu, tetapi apa yang pelik saya rasakan seolah-olah lukisan pada tubuh saya bagaikan baju yang menyalutinya," katanya.

Dalam tempoh enam jam, tubuh model yang ada bagaikan hasil seni yang menarik dan terus berdiri di pentas terbuka untuk tontonan ramai.

Ada yang berubah menjadi burung merak dengan gabungan warna biru dan hijau yang menarik dan tidak ketinggalan pelbagai watak fantasi novel yang begitu unik.

Pelukis yang menyertai festival itu bertanding untuk hadiah wang tunai meliputi pelbagai kriteria termasuk wartan, teknik melukis dan keaslian.- AFP

Daegu, Mullenberg

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain