suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

13 Maut Serangan Bom Kereta Di Pasar

KABUL: Sekurang-kurangnya 13 maut, termasuk tentera Afghanistan dan orang awam, manakala 19 cedera dalam serangan bom kereta di selatan wilayah Helmand.

Serangan itu menyasarkan kenderaan tentera di daerah Nawa, daerah di tengah wilayah itu yang bergolak sejak beberapa minggu lalu.

Setakat ini, sudah sebulan lamanya sejak pasukan keselamatan Afghanistan memaklumkan mereka telah merampas semula Nawa daripada pihak pemberontak Taliban.

Bagaimanapun, pertempuran masih meletus di kawasan berkenaan.

Jurucakap Gabenor Helmand, Omar Zwak berkata, serangan berlaku di sebuah pasar di Nawa.

Setakat ini, tidak ada pihak mengaku bertanggungjawab dan tiada sebarang maklum balas dari Taliban yang sering melancarkan serangan berani mati di Helmand. - Reuters

Helmand

Artikel Lain