suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Remaja Lelaki Maut Disepit Lif Kargo

Contoh sebuah lif kargo. - Gambar hiasan

JAKARTA: Seorang remaja lelaki, Fikri Haikal, 18, maut selepas disepit oleh lif kargo pada Sabtu.

Ketua unit siasatan jenayah Kembangan, Asmoro Bangun berkata, kejadian tersebut berlaku di bangunan PT LMI di Jalan Raya Kembangan, Barat Jakarta pada pukul 12.30 tengah hari.

"Mangsa meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian. Leher dan sebahagian wajahnya remuk teruk.

"Kami telah membawa mayat mangsa ke Hospital Polis Kramat Jati di timur Jakarta," kata Asmoro pada Sabtu kepada wartakota.tribunnews.com.

Kejadian berlaku selepas Fikri berkeras utuk menaiki lif kargo itu biarpun telah diberi amaran oleh rakan-rakannya.

Mangsa menekan butang ke atas untuk naik ke tingkat dua, sementara rakannya, Rafli, 30, yang geram dengan tindakannya itu telah menekan butang untuk turun.

Lif tersebut kemudiannya gagal dikawal. - The Jakarta Post

Artikel Sebelum

Seni Hidup Model Bogel

Artikel Berikut

Harvey Mengganas Di Texas

Artikel Lain