suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Putus Tangan Habuan Tolak Cinta

BERANG pelawaan ditolak seorang gadis, seorang lelaki telah menyerang remaja itu ketika sedang membeli-belah di pasar.

Kejadian itu berlaku apabila Vinod Chaurasia melihat gadis yang diminatinya itu berada di pasar Lakhimpur Kheri, Uttar Pradesh.

Pekerja bengkel kimpalan yang masih marah itu bertindak mengambil pedang dan meluru ke arah gadis itu dan mendesaknya keluar bersamanya.

Pemuda itu dikatakan telah beberapa bulan mengekori gadis berkenaan.

Bagaimanapun, apabila pelawannya ditolak, pemuda berusia 19 tahun itu telah bertindak memotong tangan mangsa yang berusia 15 tahun.

Tindakan Chaurasia itu menyebabkan keadaan di pasar berkenaan kecoh dan orang ramai yang terkejut dengan tindakannya telah menahannya sebelum diserahkan kepada polis.

Doktor berusaha untuk menjahit semula tangannya yang terputus sebaik tiba di sebuah hospital di Lucknow.

Seorang pegawai kanan polis berkata:“Mangsa dibawa ke Lucknow untuk menerima rawatan kerana keadaannya yang parah. Dia kehilangan banyak darah dan keadaannya masih kritikal.”





Chaurasia, Lakhimpur Kheri

Artikel Sebelum

Artikel Lain