suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mawar Merah Iringi Yingluck

BANGKOK: Ribuan penyokong bekas Perdana Menteri Yingluck Shinawatra berhimpun di luar Mahkamah Tinggi di sini sejak awal pagi bagi mengetahui keputusan berhubung dakwaa penyalahgunaan kuasa.

Penyokong yang hadir ada yang membawa bunga ros, selain memakai sarung tangan tertulis perkatan 'Love' sebagai tanda sokongan kepada Yingluck.

Jika didapati bersalah, Yingluck, 50, berdepan hukuman penjara 10 tahun dan larangan daripada menyertai politik seumur hidup.

Bagaimanapun, dia masih berpeluang mengemukakan rayuan dalam tempoh 30 hari dan boleh dikenakan ikat jamin bagi mengelak dipenjarakan.

Bekas perdana menteri wanita pertama yang digulingkan tentera pada 2014 itu dituduh cuai dalam melaksanakan skim subsidi padi hingga menyebabkan kerugian berbilion Baht.

Kira-kira 4,000 anggota polis mula berkawal sejak lewat petang semalam di pekarangan mahkamah dengan memasang halangan dan kamera litar tertutup (CCTV) untuk menghalang penyokong Yingluck daripada menghampiri kawasan itu.

Sementara itu, Yingluck menerusi laman media sosial Facebook miliknya, meminta penyokongnya tidak keluar dari rumah untuk mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini dilakukan oleh pihak yang cuba menggugat keamanan negara dan rakyat. - AFP


Yingluck, Bangkok

Artikel Berikut

Haji App Khas Buat Jemaah

Artikel Lain