suria

Anak Lembu Berkaki Lima Bawa Tuah?

SEEKOR lembu yang dilahirkan dengan lima kaki dipercayai mampu membawa tuah kepada penduduk di sebuah perkampungan kecil di India.

Mereka yang melawat ladang Hasan Ali di timur laut India, terkejut apabila melihat anak lembu itu yang masih hidup 10 hari selepas dilahirkan.

Penemuan seperti itu pertama kali ditemui di kawasan Selatan Salmara, Assam.

Ramai penduduk kampung datang dari jauh untuk melihat anak lembu yang dipercayai akan membawa tuah.

“Kami sangat terkejut apabila melihat kaki kelima yang terjuntai di belakangnya. Saya menternak lembu dan kerbau sejak kecil tetapi tidak pernah menemui haiwan seperti ini,” kata Hasan.

Pemilik lembu itu risau jika hayat anak lembu itu tidak lama, bagaimanapun setakat ini, haiwan itu makan dan hidup dengan sihat.

Ia dipercayai membawa kaki dari kembarnya yang tidak dilahirkan, sama seperti kes lembu yang dilahirkan dengan lima kaki pada awal tahun ini di Guizhou, China.

Di dalam kes itu, telur kembarnya tidak betul-betul terpisah ketika proses persenyawaan.

Salmara, Hasan Ali

Artikel Sebelum

Haji App Khas Buat Jemaah

Artikel Berikut

Artikel Lain