suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Duta Rusia Ditemui Lemas

KHARTOUM: Duta Rusia ke Sudan, Mirgayas Shirinsky, ditemui mati di kolam renang kediamannya dekat bandar ini.

Perkara itu disahkan Kementerian Luar Sudah menerusi kenyataan rasmi, bagaimanapun punca kematian tidak dinyatakan.

"Duta Rusia itu meninggal dunia di kediamannya di Khartoum," demikian menurut kenyataan itu.

Jurucakap polis, Omar al-Mokhtar berkata, Shirinsky ditemui mati di kolam renang kediamannya pada jam 7.05 malam (waktu tempatan).

"Siasatan awal menunjukkan kematiannya adalah semula jadi," katanya kepada AFP.

Agensi berita ini juga memetik jurucakap kedutaan yang mengatakan ia berkemungkinan disebabkan serangan jantung.

Agensi berita negeri RIA Novosti, Rusia, turut melaporkan kematian diplomat veteran itu.

Setiausaha akhbar di kedutaan Russia, Sergei Konyashin, berkata ada tanda bahawa duta besar itu mengalami serangan jantung. - AFP


Rusia, Shirinsky

Artikel Sebelum

Hotel Dibedil, 35 Maut

Artikel Berikut

Artikel Lain