suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Harapkan Berita Baik Sempena Hari Perkahwinan

SINGAPURA: Jacob Drake, adalah salah seorang kelasi yang hilang dari kapal pemusnah peluru berpandu USS John S. McCain, berikutan insiden perlanggaran dengan kapal dagang Alnic MC di selatan Singapura berhampiran Selat Melaka.

Tunang kepada salah seorang daripada 10 kelasi yang hilang itu, berharap tunangnya pulang ke rumah dalam keadaan selamat.

Megan Partlow, 21, telah dimaklumkan bahawa Drake adalah salah seorang dari kelasi yang hilang selepas kejadian pada hari Isnin itu.

Ibu bapa tunangnya menerima kunjungan dari wakil tentera laut AS pada Isnin jam 6 petang, iaitu kira-kira 12 jam selepas kejadian, dan Partlow dimaklumkan berkenaan kehilangannya selepas itu.

Mereka merancang untuk berkahwin pada Julai tahun hadapan.

“Saya merancang selama enam bulan untuk perkahwinan yang mungkin tidak akan terjadi, dan merancang untuk tinggal bersamanya pada Disember tahun ini,” kata Partlow.

Pasangan itu merancang untuk menetap di Ohio dan kelasi berusia 22 tahun itu dijangka dipindahkan kerja ke Carolina Utara pada Disember ini.

“Saya harap dia pulang dengan selamat,” katanya lagi.

Misi mencari sedang dijalankan dan punca kejadian itu juga masih disiasat.

Kejadian itu berlaku pada jam 5.24 pagi waktu tempatan ketika kapal terbabit menuju ke pelabuhan untuk pemeriksaan rutin.


Jacob Drake

Artikel Sebelum

Seni Tahap Super Saiyan!

Artikel Berikut

Artikel Lain