suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tuntut Ganti Rugi Lukisan Di Rumah 'Suspek Rogol'

Lukisan Hewitte dipaparkan dalam siri drama Broadchurch. Foto ITV.

RAMAI pelukis sanggup membayar bagi membolehkan karya seni mereka dipaparkan di dalam drama TV yang ditonton tujuh juta penonton.

Bagaimanapun Angela Hewitt kecewa apabila  salah satu lukisannya dipertontonkan dalam siri drama Broadchurch di saluran ITV sehingga menuntut ganti rugi £10,000 (RM55,250).

Wanita berusia 64 tahun itu menjelaskan bahawa lukisannya digunakan di dalam sebuah program mengenai rogol sehingga mencemarkan reputasinya.

Malah dia turut mendakwa eksekutif TV kerana menggunakannya secara tidak wajar untuk menyampaikan mesej simbolik, mengaitkan dengan seorang perogol.

Lukisan itu dilihat hanya selama lima saat dalam siri terbaharu sebuah drama yang menunjukkan kediaman suspek. - Mail Online

Artikel Sebelum

Kubur 300 Mayat

Artikel Berikut

Artikel Lain