suria

Kubur 300 Mayat

FREETOWN: Bencana banjir yang melanda Sierra Leone menyebabkan sekurang-kurangnya 300 mangsa yang terkorban dikebumikan dalam satu kubur besar.

Daripada jumlah itu, lebih 100 melibatkan kanak-kanak.

Keputusan mengebumikan mangsa bencana alam itu dalam satu kubur itu dibuat kerana bimbang lebih banyak tanah runtuh berlaku.

Upacara pengkebumian bermula sekitar pukul 6 petang di Waterloo, sebuah pekan berhampiran di mana ramai mangsa krisis ebola yang melanda negara itu pada 2014 turut ditanam di sana.

Majlis itu turut dihadiri Presiden Sierra Leone, Ernest Bai Koroma yang ditemani Presiden Liberia, Ellen Johnson Sirlead yang kedua-duanya dilihat memakai topeng muka ketika mayat yang hampir mereput diletakkan di dalam lubang.

Sementara itu, pegawai Palang Merah Antarabangsa, Abdul Nasir memberi amaran supaya penduduk di sini dan Bo berhati-hati kerana bimbang lebih banyak masalah akan berlaku akibat tanah runtuh dan hujan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata, seramai 4,000 penduduk terjejas akibat tanah runtuh dan banjir. – AFP


Waterloo

Artikel Lain