suria

Diugut Gara-Gara Tidak Beri Tip

SEORANG wanita di Amerika Syarikat (AS) menerima sepucuk surat ugutan hanya kerana tidak memberi tip kepada penghantar piza.

Lauren Ledford dari Hermosa Beach, California berkata, dia menempah piza menerusi aplikasi Posmates dan seorang lelaki menghantar makanan tersebut.

Bagaimanapun, enam hari kemudian, wanita itu mendakwa menerima surat setebal empat muka surat, dengan mesej berbaur ugutaan.

Surat ugutan itu dihantar selepas wanita berkenaan tidak memberikan tip atau upah kepada lelaki penghantar piza itu.

Marah kerana tidak diberikan tip, lelaki itu menulis surat ugutan yang kemudiannya dikongsi oleh Ledford menerusi Instagram dan Facebook.

"Lain kali, beri penghantar anda bayaran tambahan. Jika saya menjadi penghantar anda dan tidak diberikan tip lagi, mungkin saya akan merompak anda.

"Saya hanya bergurau, tetapi jangan cabar saya. Tiada siapa tahu apa yang akan terjadi," demikian isi surat tersebut.

Di AS, ia adalah perkara biasa untuk memberi bayaran tambahan untuk semua urusan perniagaan.

Namun, Ledford mengakui dia keliru dengan sistem yang diguna Posmates tetapi dia tetap melaporkan tentang ugutan lelaki itu kepada perkhidmatan pelanggan Postmates.

Pihak Postmates mengambil masa 24 jam untuk memberi maklum balas terhadap Ledford berhubung kes terbabit.

Postmates dalam kenyataannya berkata, gangguan sedemikian tidak diterima oleh pihak syarikat.

"Kami memohon maaf atas kejadian yang menimpa pelanggan.

"Selepas dimaklumkan tentang insiden ini, kami telah memecat kontraktor bebas yang terlibat," jelas Postmates.

Wanita berkenaan turut melaporkan kejadian terbabit kepada Jabatan Polis Pantai Redondo.

Menurut Ledford, jika penulis surat ditangkap, suspek boleh didakwa, tetapi Posmates enggan memberi nama penuh lelaki itu.

“Ia sangat menakutkan apabila mengetahui mereka (Posmates) tiba-tiba memotong gaji lelaki itu dan tidak mahu menjamin keselamatan saya dari lelaki gila itu,” kata Ledford. - Mirror.uk

Ugutun

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Hari-Hari Gambar Sama

Artikel Lain