suria

Hari-Hari Gambar Sama

MEMUAT naik gambar terbaharu di akaun Instagram sering menjadi perhatian pengikut laman sosial itu.

Bagaimanapun, seorang lelaki warga Jerman ini membuktikan bahawa imej terbaharu bukan segala-galanya.

Penyanyi rap, Maxim Kaizett didapati memuat naik gambar dirinya sendiri yang sama setiap hari selama sembulan.

Menariknya, bilangan pengikutnya di laman sosial itu semakin bertambah.

Maxim Kaizett yang merupakan salah seorang anggota kumpulan hip hop di Jerman, K.I.Z.

Walaupun baharu membuka akaun Instagramnya pada bulan lalu, beliau telah mempunyai lebih 40,000 pengikut.

Pelik tapi benar, Maxim memuat naik gambar yang sama setiap hari. Foto Instagram maxim_kaizett

Ia mungkin tidak begitu mengejutkan buat laman sosial milik seorang selebriti, tetapi profil Maxim berbeza dengan mereka yang lain.

Kebiasaannya bintang ternama sentiasa memuat naik gambar-gambar baharu untuk memuaskan hati peminatnya, tetapi lelaki ini hanya mengemaskini sekeping gambar yang sama setiap hari. 

Kebanyakan pengikutnya menyukai cara beliau memuat gambar di Instagram.

Bagaimanapun Maxim mempunyai mesej yang jelas buat pengikutnya yang tidak menganggap tindakannya itu sesuatu yang melucukan: "Saya sendiri yang menentukan bila ia tidak lucu lagi." - odditycentral

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain