suria

'Mata Saya OK!'

"APA yang tak kena dengan mata awak?"

Jangan tanya soalan itu kepada Sonia Leslie, seorang blogger kecantikan yang mempunyai 48,000 pengikut di Instagram.

Mana tidaknya, jika melihat pada mata Leslie, soalan itu pasti terpacul di mulut anda.

Leslie sebenarnya mempunyai tanda lahir yang unik iaitu di bahagian mata kanannya, sekali gus membuatkan seolah-olah anak matanya besar sebelah.

Disebabkan itu, ramai orang sering bertanya soalan yang sama kepadanya.

"Tiada apa yang tidak kena dengan mata saya.

"Tolong henti bertanya soalan sama. Ianya sangat biadap dan jangan sibuk tentang hal orang lain.

"Ini adalah muka saya dan bukan muka awak," tulis Leslie di laman Instagramnya.

Leslie mengakui dia tidak kisah jika orang bertanya tentang matanya, tetapi dia tidak suka bila mereka memandai-mandai menganggap ada yang tikda kena dengan matanya.

"Ramai yang bertanya soalan itu hanya kerana saya kelihatan berbeza dari orang lain.

“Saya mahu menjelaskan bahawa terdapat cara lain untuk bertanya tanpa membuat tuduhan melulu.

“Ia seolah-olah bertanya pada orang yang kudung, apa yang tidak kena dengan tangan mereka, bukan begitu?”

“Kenapa mereka perlu bertanya begitu kepada mereka yang kelihatan berbeza di Internet?

“Jika ingin bertanya, mereka tidak perlu mengguna perkataan ‘tidak kena’, atau membuat tuduhan melulu.

“Kerana tiada apa yang ‘tidak kena,” kata Leslie. - Metro.uk


Sonia Leslie

Artikel Sebelum

Lalat 'Peneman' Tidur

Artikel Berikut

Nenek Maestro Jalanan...

Artikel Lain