suria

Lalat 'Peneman' Tidur

PADA usia dua tahun, Stephen sepatutnya tidur bertemankan anak patung atau pun 'bantal busuk' kegemarannya.

Tetapi lain pula kisahnya buat kanak-kanak dari Britain ini apabila penemannya sewaktu tidur adalah sekumpulan lalat.

Itulah situasi yang terpaksa dihadapi Stephen setiap kali waktu tidur dengan bertemankan lalat yang menghurungi mukanya selain memasuki ke dalam mulut.

Akibatnya, kanak-kanak malang tersebut sering gagal hadir ke sekolah kerana mengalami sakit dan cirit-birit.

Ibunya, Jamieleigh Dale berkata, masalah serangan serangga itu semakin teruk sejak dia menetap di rumah tersebut kira-kira 10 bulan lalu.

Ujarnya, masalah tersebut sudah diajukan kepada persatuan penduduk tetapi tiada sebarang tindakan diambil untuk menyelesaikannya.

"Saya terkejut melihat lalat-lalat itu keluar dari mulut anak saya. Ia menggelikan.

“Beberapa kali juga dia terbangun pada waktu malam kerana tercekik.

"Oleh itu, banyak malam saya meluangkan masa untuk menjaganya kerana tidak mahu sebarang perkara yang tidak diingini berlaku," katanya. - Metro.uk

Lalat, Britain

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

'Mata Saya OK!'

Artikel Lain