suria

Sinabung Meletus Lagi, Lebih 7,000 Penduduk Dipindahkan

PENDUDUK di Karo menaiki trak untuk menyelamatkan diri susulan letuusan Gunung Berapi Sinabung pada 2 Ogos 2017. - AP

JAKARTA: Gunung berapi di Gunung Sinabung yang terletak di daerah Karo, Sumatera Utara, meletus pada pagi Rabu, menyebabkan kawasan udara dipenuhi debu dan asap panas dengan ketinggian lebih empat kilometer.

Gunung berapi itu beberapa kali meletus antara jam 8 pagi dan tengahari Rabu.

Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNBP), Sutopo Purwo Nugroho berkata, letusan berlaku beberapa kali pada minggu ini menyebabkan 7,214 penduduk terpaksa dipindahkan dan 2,863 daripada jumlah itu ditempatkan di pusat pemindahan sementara.

Ujarnya, Pusat Vulkanologi, Geologi dan Pencegahan Bencana telah mengarahkan penduduk setempat untuk berpindah ke kawasan di luar radius tujuh kilometer dari selatan gunung berapi, enam kilometer di tenggara dan kawasan timur serta empat  kilometer di kawasan utara.

“Kita tidak dapat menjangkakan bila Gunung Sinabung akan berhenti meletus. Parameter seismos dan letusan gunung berapi kekal tinggi, oleh itu, potensi letusan susulan masih ada,” katanya.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Gunung Berapi Sinabung menjadi aktif semula pada 2010 selepas 400 tahun.

Pada Mei tahun lepas, tujuh orang maut ekoran letusan Sinabung, manakala 16 maut dalam letusan yang sama pada 2014. - Strait Times

Sinabung

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain