suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rakyat AS Dilarang Masuki Korea Utara

NEW YORK: Amerika Syarikat (AS) mengarahkan semua rakyatnya meninggalkan Korea Utara sebelum 1 September depan susulan hubungan kedua-dua negara yang semakin renggang sejak pelantikan Presiden Donald Trump.

Arahan itu turut menyatakan bahawa rakyat AS yang mahu mengunjungi republik tersebut untuk mendapatkan pengesahan khas berkuatkuasa serta-merta.

Hanya pihak meda dan staf kemanusiaan dibenarkan untuk memohon akses ke negara tersebut.

Arahan terbaharu itu menjadikan Korea Utara sebagai satu-satunya negara yang menyaksikan rakyat Amerika dilarang memasuki republik tersebut.

Pihak berkuasa AS berkata, arahan tersebut dikeluarkan ekoran pelaksanaan sekatan baharu termasuk larangan perjalanan ke atas Pyongyang berkuatkuasa 1 September ini.

Trump meluluskan sekatan baharu itu susulan kedegilan Korea Utara menjalani ujian peluru berpandu balistik dan ujian nuklear sejak awal tahun lalu.

Berdasarkan larangan itu, rakyat AS yang berada di Korea Utara perlu keluar dari negara tersebut sebelum 1 September.

Sekatan berkenaan akan berkuatkuasa selama 30 hari dan boleh berlanjutan selama setahun berdasarkan perkembangan semasa hubungan kedua-dua negara. - Mirror.uk

Korea Utara, Amerika Syarikat

Artikel Berikut

Artikel Lain