suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isteri Merungut, Suami Kena Tumbuk

PEKERJA lapangan terbang telah menumbuk seorang penumpang EasyJet yang sedang mendukung bayinya di terminal selepas tidak tahan mendengar rungutan isteri lelaki itu mengenai penangguhan penerbangan selama 13 jam.

Malahan, gambar yang disebarkan menerusi media sosial menunjukkan pekerja di Lapangan Terbang Nice telah menyerang seorang lelaki di depan penumpang lain.

Saksi, Arabella Arkwright  yang ketika itu bersama anak-anaknya memberitahu MailOnline, kekecohan timbul apabila penumpang melibatkan beberapa keluarga telah lama menunggu untuk menaiki penerbangan EZY2111 dari Nice ke London Luton.

Katanya, ketika semua penumpang dalam keadaan tertekan, tiba-tiba seorang lelaki yang sedang mengendong anaknya yang berusia sembilan bulan telah ditumbuk.

"Isteri lelaki yang ditumbuk itu pula merungut kerana beberapa isu tidak ditangani termasuk makanan bayi dan tempat duduk kepada petugas lapangan terbang itu.

"Bagaimanapun, petugas terbabit tidak menunjukkan keprihatinannya terhadap masalah yang dihadapi keluarga berkenaan," katanya.

Bagaimanapun, jurucakap EasyJet menjelaskan pekerja lapangan terbang itu tidak bekerja dengan syarikat penerbangan itu, sebaliknya bertugas dengan syarikat Perancis, Samsic yang berperanan untuk membantu penumpang tidak upaya.

Menurut EasyJet, penerbangan itu terpaksa ditangguh kerana isu teknikal melibatkan pesawat.


EasyJet, Nice

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain