suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Festival Tomorrowland Kecoh Akibat Kebakaran Pentas

Api marak dengan cepat di pentas utama menyebabkan peminat lari menyelamatkan diri di Festival Tomorrowland Unite Spain.

BARCELONA: Seramai 22,000 pengunjung festival yang sedang berlangsung di sini terpaksa dipindahkan susulan  kebakaran yang merosakkan salah satu pentas persembahan.

Pemeriksaan pihak berkuasa bagaimanapun mengesahkan tiada kematian  atau kecederaan dilaporkan semasa proses pemindahan Festival Tomorrowland Unite Spain itu.

Metro.co.uk melaporkan, punca kebakaran masih disiasat namun dianggarkan piroteknik yang rosak adalah sebab utama insiden tersebut berlaku.

Api marak dengan cepat hingga membakar pentas utama menyebabkan peminat lari menyelamatkan diri.

Mujur pihak berkuasa bertindak pantas dan mengawal keadaan serta memastikan proses pemindahan dilakukan dengan teratur.

Malang sekali kebakaran terjadi semasa artis, Steve Aoki dijadualkan memulakan persembahan.

Sementara itu, media tempatan melaporkan bahawa penganjur festival merancang untuk kembalikan bayaran kepada semua pengunjung yang dipindahkan.


Tomorrowland, Steve Aoki

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain