suria

Trump Puji Kelly Sebelum Umum Pelantikan

Trump bersama orang kepercayaannya, Kelly.

SELEPAS enam bulan bersama dalam pentadbiran Donald Trump, akhirnya Ketua Stafnya, Reince Priebus disingkirkan.

Bagaimanapun, Priebus memberitahu CNN bahawa dia bukannya diminta supaya berhenti, sebaliknya menawarkan diri untuk meletak jawatan.

Insiden ini berlaku beberapa hari selepas Pengarah Komunikasi baharu, Anthony Scaramucci mendakwa Priebus membocorkan maklumat kepada wartawan.

Priebus telah mengemukakan surat meletak jawatan pada Khamis.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bagaimanapun telah mengumumkan keputusannya mengenai John Kelly yang bakal menjadi pengganti Priebus menerusi Twitter selepas menyampaikan ucapan di New York.

Dalam ucapannya Trump memuji tugas cemerlang yang dilakukan Kelly yang juga Setiausaha Keselamatan Negara.

"Dia melakukan kerja dengan cemerlang, juga menghormati semua orang. Rakyat Amerika yang hebat," kata Trump mengenai Kelly.

Ia sekali gus bermakna Kelly bakal menggantikan Priebus.

Selepas apa yang berlaku, Priebus tetap dengan pendiriannya untuk terus menyokong Trump termasuk agenda dan dasar pentadbirannya.

Malahan, beliau berpendapat Kelly adalah individu paling sesuai untuk menggantikannya.









Trump, Kelly

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain