suria

Bahana Alamat Rumah Mangsa Spam

BOLEHKAH anda bayangkan menerima puluhan surat daripada orang dikenali setiap hari.

Malah utiliti anda dipotong atau anda juga tidak boleh melanggan perkhidmatan tertentu disebabkan alamat rumah yang malang?

Itulah hakikatnya apabila rumah bernombor 1234 AB, 123 (ditukar atas sebab privasi), alamat yang digunakan kebanyakan penggodam di Belanda ketika mengisi borang secara dalam talian.

Mereka melakukannya kerana sifat malas atau untuk melindungi privasi diri sendiri tanpa memikirkan kesan yang dialami penghuni di alamat tersebut.

Difahamkan 1234 AB, 123 merupakan alamat yang sering dijadikan mangsa spam di Belanda sehingga ada yang menyiasat sama ada alamat itu sebenarnya wujud atau tidak.

Carian di Google mendapati alamat yang terletak di wilayah Noord, Belanda benar-benar wujud.Malah beberapa individu yang tinggal di alamat itu ketika dihubungi mengesahkan kehidupan mereka terjejas akibat kelakuan pihak tidak bertanggungjawab.

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Fransen berkata selepas berpindah ke rumah di 1234 AB, 123, talian telefon dan internetnya tiba-tiba terputus.

Beberapa bulan kemudian, bekalan air, gas dan elektriknya juga dipotong.

Namun dia tidak jelas mengapa insiden itu berlaku.

Akhirnya, datuk bandar di wilayah itu tampil memberikan satu penyelesaian kepada kes itu.

Oleh kerana 1234 AB, 123 terletak di sudut penjuru, alamat itu boleh ditukar kepada jalan bersebelahan.

Kod poskod tetap sama tetapi ia tidak lagi digabungkan dengan nombor rumah 123.

Nampaknya mimpi negeri Fransen sudah berakhir tetapi pada Disember lalu, bekalan elektrik di rumahnya terputus semula.

Fransen difahamkan ia mengambil masa sekurang-kurangnya 10 tahun untuk alamat lama itu dipadamkan dari pangkalan data beberapa pembekal utiliti mereka.

Belanda, alamat spam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain