suria

PM Pakistan Dilucutkan Jawatan Kerana Skandal Rasuah

Dakwaan skandal rasuah oleh Nawaz dibocorkan oleh "Panama Papers". - Caren Firouz/Reuters

ISLAMABAD: Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif (gambar) telah meletak jawatan serta-merta selepas Mahkamah Agung membatalkan pelantikannya daripada jawatan sebagai ketua kerajaan.

Keputusan itu diumumkan pada Jumaat selepas beberapa bulan perbicaraan ke atas maklumat yang dibocorkan oleh "Panama Papers" berhubung dakwaan rasuah yang dilakukan Nawaz semasa dua penggal pemerintahannya.

Nawaz yang mengetuai parti Pakistan Muslim League-Nawaz (PML-N) yang memegang kuasa majoriti di parlimen nampaknya perlu mencalonkan pemimpin baharu kerajaan selepas ketiadaannya.

Kerajaan juga boleh mengadakan pilihan raya kecil, walaupun pilihan raya umum dijadualkan berlangsung pada awal Ogos tahun depan.

Menurut laporan PTV, mahkamah juga membatalkan pelantikan Menteri Kewangan, Ishaq Dar yang juga bekas akauntan Nawaz.

Nawaz Sharif

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain