suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hamas Bukan Pertubuhan Pengganas - EU

MAHKAMAH Kehakiman Kesatuan Eropah (ECJ) sedia mempertimbangkan untuk mengeluarkan nama pergerakan Palestin di Gaza, Hamas daripada senarai pertubuhan pengganas, keputusan yang bakal mengundang kemarahan Israel dan Amerika Syarikat (AS).

Perkembangan terbaharu ECJ itu berbangkit ketika ketegangan antara blok Kesatuan Eropah (EU) dan Israel makin memuncak selepas rejim Zionis berdegil untuk meneruskan projek penempatan haram di Tebing Barat termasuk Baitulmaqdis Timur.

Pada Disember 2014, sebuah mahkamah rendah Eropah memutuskan bahawa Hamas perlu dikeluarkan daripada senarai pertubuhan pengganas selepas EU mengikut jejak AS dan Israel berdasarkan maklumat daripada media dan Internet, bukannya menerusi siasatan bebas.

Majlis Eropah kemudiannya mengemukakan rayuan selepas mendapati Mahkamah Umum Eropah tersilap dalam menilai maklumat tentang pertubuhan Hamas.

Mahkamah tertinggi EU itu kini dalam pertimbangan untuk memberi kata putus sama ada mengeluarkan Hamas daripada senarai pertubuhan pengganas.

EU mengenakan sekatan aset dan larangan perjalanan ke atas anggota Hamas yang menguasai Semenanjung Gaza selepas insiden serangan pengganas 11 September 2001 apabila militan al-Qaeda menyerang New York dan Washington DC.

Hamas membantah tindakan menyenaraikan pertubuhan itu sebagai pengganas dan menegaskan pihaknya mempunyai hak menentang sebarang operasi ketenteraan Israel. - Al Jazeera

Hamas, Kesatuan Eropah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Flash 'Bersara' Tahun 2020

Artikel Lain