suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penyamaran Gagal, Militan ISIS Ditahan

MILITAN ISIS dikesan memakai pakaian wanita dalam usaha untuk melarikan diri dari Mosul, bandar yang kini ditawan tentera Iraq selepas pertempuan selama sembilan bulan.

Cubaan lelaki itu bagaimanapun gagal kerana dia tidak mencukur misai dan jangutnya, walaupun wajahnya penuh dengan solekan.

Menerusi gambar yang diedarkan tentera Iraq selepas militan itu ditahan, wajah lelaki itu penuh dengan bedak, kelopak matanya pula disolek unggu, dicelak dengan gincu merah menyala pada bibirnya.

Bagaimanapun jambang dan misainya dengan kening yang tebal telah menggagalkan cubaannya untuk melarikan diri.

Gambar lain pula menunjukkan lelaki itu memakai pada baju dalam bagi menyerlahkan penyamarannya sebagai wanita.

Penahanan militan ini bukan yang pertama, malahan sebelum ini tentera Iraq pernah menangkap beberapa lelaki yang juga menyamar sebagai wanita semata-mata untuk cuba meninggalkan Mosul.

ISIS, Mosul

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Tidur Berbumbungkan Langit

Artikel Lain