suria

Remaja Cantik Jerman Antara Ditahan Sertai Daesh

BAGHDAD: Seorang remaja perempuan kelahiran Jerman yang menghilangkan diri ditemukan di Mosul, Iraq selepas ditahan tentera prokerajaan kerana dipercayai menyertai militan Daesh.

Dikenali sebagai Linda Wenzel, remaja 16 tahun itu ditemui di dalam terowong bersama beberapa wanita lain yang di antaranya turut memasang bahan letupan selain dilengkapi senjata api.

Menurut laporan Metro.uk, remaja berkenaan dipercayai berkhidmat untuk pasukan polis Daesh di Mosul.

Selain Wenzel, beberapa wanita asing termasuk dari Rusia, Turki, Kanada dan Chechnya turut ditahan ketika pihak tentera Iraq melancarkan operasi besar-besaran memburu militan Daesh di bandar itu pada Khamis lalu.

Wenzel yang berasal dari Pulsnitz, berdekatan Dresden, dipercayai melarikan diri ke Syria selepas menjalinkan seorang anggota Daesh yang berasal dari Iraq.

Menurut rakan-rakannya, sebelum keluar dari Jerman, Wenzel belajar bahasa Arab dan dipercayai tidak bahagia tinggal di rumah bersama keluarganya.

Wenzel turut menipu keluarganya apabila memaklumkan mahu tinggal bersama rakan-rakannya, tetapi mengeluarkan duit dari akaun ibu bapanya menggunakan surat palsu.

Kemudian, dia diseludup masuk ke Iraq dengan nama barunya, Mariam dan sekali-sekala memuat naik gambar dirinya memakai tudung dalam laman sosial.

Pihak berkuasa di Jerman, menyenarai Wenzel sebagai suspek pengganas selepas kehilangannya dilaporkan dan siasatan lanjut bagi mengesahkan identiti remaja yang ditahan di Mosul itu masih dilaksanakan.

Wenzel antara 20 anggota ISIS yang ditangkap selepas kejatuhan bandar tersebut berikutan peperangan selama 10 bulan yang menyebabkan kematian 25,000 orang dan kemusnahan bandar kedua terbesar Iraq.

Linda Wenzel

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Dah Nasib Badan...

Artikel Lain